Baja Green Drops mengandungi semua yang diperlukan oleh
pokok kelapa sawit untuk tumbuh dengan sihat dan menghasilkan buah sawit yang
lebih berkualiti. Baja Green Drops menggunakan teknik semburan karpus dimana
hasil kajian menunjukkan bahawa teknik ini 8 – 10 kali lebih efektif untuk
pokok menyerap nutrien. Teknik semburan foliar ini juga telah
meningkatkan selullar sintesis klorofil
dan selepas semburan baja foliar, biasanya kita akan lihat warna daun
akan lebih kepada hijau gelap. Ia boleh diukur dengan menggunakan
Refractometer. Ini juga menyebabkan
kadar kehilangan baja melalui larut resap oleh tanah dapat dihindarkan.
Memandangkan kadar serapan baja Green Drops juga hanya mengambil masa 2 jam
sahaja, ini sekaligus meningkatkan kualiti dan hasil disebabkan peningkatan
penyerapan unsur N, P dan K.
Penggunaan
baja Green Drops secara berterusan juga mampu menambah ketahanan dan rintangan
terhadap penyakit, cuaca panas atau
kemarau kerana baja foliar memberi keutamaan pada pokok untuk menarik lebih
banyak serapan nutrient secara efisien dari media.
Apakah yang berlaku sekiranya tumbuhan kekurangan unsur
Nitrogen, Phosphorus dan Potasium (K)?
Nitrogen diperlukan oleh tumbuhan dalam meningkatkan klorofil
daun. Kekurangan penyerapan nitrogen akan menyebabkan daun berwarna kekuningan,
pokok menjadi terbantut, akar akan terbantut, risiko tinggi untuk terkena
penyakit dan bunga akan kurang cantik.
Phosphorus pula diperlukan untuk pertumbuhan sel pokok, akar
yang sihat dan menyimpan tenaga. Kekurangan phosphorus akan menyebabkan pokok
tidak boleh berbunga, akar menjadi tidak sihat dan daun akan berwarna ungu.
Unsur potassium (K) pula diperlukan dalam menghasilkan
klorofil untuk daun, sel pokok, bunga dan buah selain meningkatkan imunisasi
pokok serta mengeluarkan gula untuk pokok membesar. Kekurangan potassium akan
menyebabkan batang pokok menjadi tidak kuat, hujung daun menjadi tua dan
keliling daun menjadi coklat.
No comments:
Post a Comment