Sunday, January 20, 2013

Nantikan baja terbaru dari Green foliar Trading


Hi semua. Entri kali ni adalah berkenaan baja cecair organik yang akan dilancarkan oleh syarikat Green Foliar Trading pada akhir tahun 2015 kelak. Beberapa perbincangan telah dilakukan dan telah dilakukan. Antaranya adalah penyelidikan berkenaan bahan-bahan dan formula yang akan digunakan untuk meningkatkan hasil ladang sawit yang sedia ada.

Antara perkara menarik berkenaan baja yang akan dikeluarkan oleh syarikat Green Foliar Trading tersebut adalah:

1) Penggunaan teknologi yang lebih canggih seperti teknologi nano dan mikrob yang akan membantu mengurai nutrien dalam baja ke dalam tanah dengan lebih efektif dan berkesan.

2)Teknologi Mesra alam dan tidak akan mencemarkan tanah dengan bahan kimia.

3) Lebih mudah untuk digunakan dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk makcik-makcik. Kaedah ini terbukti berkesan setelah beberapa tahun digunakan oleh pengguna baja Green Drops.

4) Kandungan baja yang lebih pekat berbanding baja Green Drops. Ini semestinya akan meningkatkan lagi keberkesanan baja terbaru keluaran Green Foliar Trading kelak.

5) Harga yang lebih murah dan lebih jimat berbanding baja Green Drops.

Okay, macam best je baja yang akan dikeluarkan oleh syarikat Green Foliar Trading ni. Tak sabar rasanya nak tunggu. Apa-apa pun, semoga syarikat Green Foliar Trading akan terus berbakti kepada para peladang dan pekebun sawit diluar sana dengan menyediakan baja yang berkualiti tinggi dan terunggul. InsyaAllah.

#*Gambar baja dan nama jenama baja belum ditentukan lagi ya. 

No comments:

Post a Comment