Cara Penggunaan Baja GD

Cara Menggunakan Baja Green Drops ™

  • Sediakan resit atau statistik hasil sebelum ini (untuk perbandingan selepas menggunakan baja kami).
  • Membaja dalam linkungan 2-3 hari selepas proses mengait buah.
  • Membaja dari awal pagi (Subuh) sehingga 11 pagi (waktu paling cantik) dan petang dari pukul 2pm-7pm. 12pm-2pm pokok dalam keadaan ‘tidur’. (Membaja ketika pokok sedang melakukan proses fotosintesis).
  • Sediakan tong bancuhan 15 liter. Pastikan bancuh sebotol baja 500ml dengan 15 liter air paip atau air hujan (asalkan air tidak tercemar) tidak kurang dan tidak lebih.
  • Sediakan alat penyembur seperti dalam gambar dan video untuk memudahkan proses membaja. Sebaiknya guna penyembur yang baru yang tidak pernah digunakan untuk menyembur racun sebelum ini. Baja yang telah dicampur dengan air boleh digunakan dalam tempoh 2tahun.
  • Bersihkan area sekeliling 2-3 kaki dari pangkal pokok daripada sebarang daun kering atau pelepah mati untuk memastikan baja tersebar ke tanah. Rumput tidak mengapa kerana rumput diperlukan untuk menjaga kelembapan tanah.
  • Sembur pada akar/umbi/pangkal yang berdekatan tanah 3 kali/1 pusingan separuh pokok (untuk kali pertama boleh 6 kali semburan/2 pusingan mengelilingi pokok), kemudian semburkan 2 kali di sekitar 2-3 kaki tanah yang telah dibersihkan dan jika sampai pada pucuk boleh sembur sekali sahaja pada area buah/mayang/daun. Pastikan semburan kabus paling halus kerana bakteria akan tersebar dengan baik. Cukup dengan total 4-6 kali semburan sahaja pada satu pokok. (Semburan tidak perlu membuatkan kita mengelilingi pokok, cukup sekadar menyembur dalam bentuk ‘C’ atau sebelah/sebahagian/separuh pokok)
  • Jangan campur dengan racun sama sekali! Baja ini boleh digunakan dengan baja butir/guni yang biasa.
  • Bakteria dan mikrob dalam baja ini tidak merbahaya pada kulit. Malah boleh diminum kerana menggunakan teknologi bakteria baik minuman Yakult dan Vitagen.
  • Sekiranya sawit di tanam di atas tanah briss/pasir/batu krikil (tanah yang tidak menyerap). Sila mantain semburan 10 kali sepohon untuk optimumkan penyerapan. Penyerapan hanya mengambil masa 2jam sahaja.
  • Untuk hasil optimum, pembajaan dilakukan setiap 20 hari -30 hari sekali.
  • Adalah amat penting untuk sentiasa buat proses browning/cantas pelepah untuk proses rawatan dan membantu meningkatkan hasil.
  • Tambahan : Untuk tanaman sayur dan bunga, sila bancuh sebotol baja ini terus ke dalam 20liter-25liter air. Semburan yang diperlukan hanya sedikit sahaja. Sebagai contoh pokok cili, sekali semburan pada jarak sekaki di bahagian daun terus untuk 3 pokok, dan sekali semburan lagi ke tanah sekaligus untuk 3 pokok.

Cara Mengatasi Masalah Penyakit Sawit

  • Pokok Jantan : Lebihkan semburan ( 2 pusingan di pangkal dan tanah ), cantas/browning semua pelepah dan tinggalkan hanya 3 tingkat pelepah. Sekiranya sampai, sembur 2-3 kali dengan semburan kasar ke bahagian pucuk.
  • Daun Kuning : Lebihkan semburan ( 2 pusingan di pangkal dan tanah )
  • Buah Busuk : Buang dan bakar buah & bunga yang busuk dan lebihkan semburan ( 2 pusingan ). Sekiranya sampai, sembur 2-3 kali dengan semburan kasar ke bahagian pucuk.
  • Kulat : Buang & bakar pelepah yang patah dan lebihkan semburan ( 2 pusingan )
Video Manual Penggunaan Baja Green Drops



8 comments:

  1. saya nak tanya kalau poko kecil antara 4-5 tahun...apakah kaedah yang paling efisyen semburan baja.

    saya di pahang...dan berminat menjadi agen pembekal / pembeli bagaimana cara nya?
    Tq admin

    email :cikguronnie@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaedah untuk pembajaan pokok sawit termasuk pokok kecil adalah sama seperti kaedah pembajaan di atas. Sembur pada akar/umbi/pangkal yang berdekatan tanah 3 kali/1 pusingan separuh pokok , kemudian semburkan 2 kali di sekitar 2-3 kaki tanah yang telah dibersihkan. Sembur sekali pada pucuk jika sampai. Pastikan semburan kabus paling halus kerana bakteria akan tersebar dengan baik. Cukup dengan total 4-6 kali semburan sahaja pada satu pokok. Untuk menjadi agen, saya sudah emailkan pada tuan. Terima kasih.

      Delete
  2. Bagaimana pembajaan untuk permulaan pokok sawit yang berumur lebih kurang 7-10 tahun yang tidak pernah terjaga atau dibaja? Keluasan 20 ekar tapi hanya menghasilkan buah 3tan lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baja kami tiada masalah untuk semua peringkat umur sawit. Pengguna kami yang menggunakan baja Green Drops secara berterusan biasanya akan mendapat 1 tan ke atas untuk setiap 1 ekar. Cara pembajaan adalah sama seperti yang diterangkan di atas dan seperti yang ditunjukkan dalam video pembajaan: https://www.youtube.com/channel/UCweLe1UsgqbpZXJmWih7Otg?feature=watch . Kami sarankan pihak Puan tidak membiarkan ladang tanpa pembajaan dalam tempoh yang lama kerana ia akan menjejaskan terus penghasilan buah sawit. Pokok sawit juga akan sukar dirawat sekiranya terlalu lama dibiarkan. Boleh hubungi kami di talian 0133706529 untuk keterangan lanjut.

      Delete
  3. Boleh tahu tak pasal harga baja ni,sekarang saya ada kebun sawit yg sudah berbuah lingkungan usia pokok 4 tahun(7 ekar)....baru tanam 6 bulan (4.6ekar).... tolong bagi tips....terima kasih

    ReplyDelete
  4. Boleh tahu tak pasal harga baja ni,sekarang saya ada kebun sawit yg sudah berbuah lingkungan usia pokok 4 tahun(7 ekar)....baru tanam 6 bulan (4.6ekar).... tolong bagi tips....terima kasih

    ReplyDelete
  5. Saya ingin tahu pasal harga Baja Dan Pembekal ini dimana, saya ingin mendapatkan Baja yang lebih efektif Dan kos yang rendah.

    ReplyDelete
  6. Saya ingin tahu pasal harga Baja Dan Pembekal ini dimana, saya ingin mendapatkan Baja yang lebih efektif Dan kos yang rendah.

    ReplyDelete