Soalan Lazim (F.A.Q)


Baja Green Drops merupakan baja organik. Di bawah merupakan antara perkara penting yang perlu diketahui tentang penggunaan baja Green Drops.


  1. Bilakah masa  yang paling sesuai untuk melakukan pembajaan?
Membaja dalam lingkungan 2-3 hari selepas proses mengait buah. Paling sesuai waktu membaja adalah dari awal pagi (Subuh) sehingga pukul 11 pagi (waktu paling cantik) manakala petang dari pukul 3 - 6 petang iaitu ketika pokok sedang melakukan proses fotosintesis. 

2. Bagaimanakah cara menggunakan/membancuh baja Green Drops?
Sediakan tong bancuhan sebanyak 15liter. Pastikan bancuh sebotol baja 500ml dengan 15 liter air paip atau air yang tidak tercemar dengan sukatan yang tepat (tidak lebih, tidak kurang). Sediakan juga alat penyembur seperti dalam gambar dan video untuk memudahkan proses membaja. Sebaiknya guna alat penyembur yang baru yang tidak pernah digunakan untuk menyembur racun sebelum ini. Baja yang telah dicampur dengan air boleh digunakan dalam tempoh setahun. 

3. Apakah langkah-langkah yang perlu diikuti semasa proses pembajaan dilakukan?
Bersihkan area sekeliling 5 kaki dari pangkal pokok daropada sebarang daun atau pelepah untuk memastikan baja tersebar ke tanah. Rumput tidak mengapa kerana rumput diperlukan untuk menjaga kelembapan tanah. 
- Sembur pada tanah sekeliling akar 3 kali dan pada batang 2 kali dan jika sampai pada pucuk, boleh sembur sekali sahaja pada bahagian buah/mayang/daun. Pastikan semburan kabus kerana bakteria bakteria akan tersebar dengan baik. Cukup dengan 5-7 kali semburan sahaja pada satu pokok. Untuk kali pertama, boleh sembur sehingga 10 kali sepohon. Tidak perlu runsing sekiranya selepas 20 hari pertama pembajaan, daun menjadi kuning kerana pokok sedang menerima proses baja kita. 

4. Berapa lamakah baja Green Drops akan menyerap ke dalam tanah setelah penyemburan dilakukan?
Peneyrapan hanya mengambil masa 2 jam sahaja. 

5. Bolehkah baja lain digunakan pada pokok yang sama setelah baja Green Drops disembur?
Boleh. Baja lain boleh digunakan bersama dengan baja Green Drops kerana biasanya baja butir akan mengambil masa yang lebih lama (3 - 6 bulan) untuk menyerap ke dalam tanah berbanding baja Green Drops yang menyerap hanya dalam 2 jam..

6. Adakah baja Green Drops merbahaya kepada kulit manusia sekiranya tersentuh/disentuh?
Tidak. Bakteria dan mikrob dalam baja ini tidak merbahaya kepada kulit sekiranya bersentuhan, malah boleh diminum  kerana ia menggunakan teknologi bakteria yang baik seperti minuman yakult.

7.Bagaimanakah proses pembajaan ke atas sawit yang ditanam di atas tanah beris/ pasir atau batu kerikil (tanah yang tidak menyerap)?
Sekiranya sawit di tanam di atas tanah beris/pasir/ batu kerikil (tanah yang tidak menyerap), sila kekalkan semburan 10 kali sepohon untuk mengoptimumkan penyerapan. 

8. Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil optimum penggunaan Baja Green Drops?
Untuk mendapatkan hasil optimum, pembajaan perlu dilakukan setiap 20 hari sekali. 

9. Apakah yang perlu dilakukan untuk melihat keberkesanan baja Green Drops?
Sediakan resit atau statistik hasil sebelum ini (Untuk perbandingan selepas menggunakan baja Green Drops.

No comments:

Post a Comment