Pengurusan
penyakit tanaman sawit merupakan aspek penting untuk menambah kuantiti dan
kualiti hasil yang akan dikeluarkan. Bagi industri sawit, beberapa penyakit
telah dikenalpasti boleh menjejaskan industri pengeluaran minyak sawit.
Penyakit-penyakit tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan kulat.
Penyakit
Jembala (Crown Diseases)
Penyakit
ini mudah dikesan apabila terdapat pelepah dan daun menjadi patah di bahagian
tengah mengakibatkannya berbau busuk. Antara faktor penyebab berlakunya
penyakit Crown Diseases ini adalah pokok yang baru berkembang mengalami tekanan
atau stress, menerima kurang nutrisi dan genetic. Pada peringkat akhir
serangan, pelepah dan pucuk yang patah akan berbentuk mahkota (crown)
Penyakit
reput pucuk (rut bot- spear Rot)
Penyakit
ini dapat dikesan apabila bahagian pangkal pucuk muda menjadi perang. Pucuk yang mati senang dicabut dan jika umbut
tidak terjejas kemungkinan pokok akan mengeluarkan pucuk baru. Pokok yang
diserang penyakit ini akan mengeluarkan bau busuk (putrid odour) dan mempunyai
kaitan dengan serangan bacteria. Dalam jangka masa 12-24 bulan, pokok yang
terkena serangan penyakit ini akan mengeluarkan berat buah yang semakin
berkurangan termasuk kualiti pengeluaran minyak oleh tandan terbabit. Pokok
yang mengalami serangan yang serius akan mati.
Reput
batang bahagian atas (Upper Stem Rot)
Pokok
yang diserang akan terdapat tompok-tompok kuning (chlorisis) pada daun. Ibu
kulat (sporophores) biasanya tumbuh seperti kulit keras berwarna perang
kekelabuan berukur 8sm - 10sm.
Reput
Tandan Buah (Marasmius)
Tanda-tanda
penyakit mudah dikesan apabila tandan buah reput diliputi bebenang putih
(mycelium). Apabila keseluruhan tandan buah diserang, cendawan-cendawan akan
kelihatan. Cendawan – cendawan ini selalunya berwarna putih dan berubah menjadi
merah samar pada musim kering atau kemarau.
Penyakit
reput pangkal batang (Basal stem Rot)
Agen
penyebab; Ganoderma boninense
Penyakit ini telah dikenalpasti boleh menjejaskan
Industri pengeluaran minyak sawit.
Mengikut laporan, dibahagian tepi pantai pokok yang
berumur 13 tahun ke atas, sebanyak 80% akan diserang penyakit BSR.
Di bahagian pedalaman pula, pokok yang berumur 13
tahun keatas menunjukkan 30% berpotensi diserang oleh penyakit BSR.
Penyakit
ini menyebabkan pucuk tidak berkembang atau tidak terbuka dan akhirnya menjadi
perang dan mati. Serangan bermula dari pelepah tua. Pelepah yang mati menjadi
terkulai, membentuk seperti penutup di sekeliling batang. Apabila pangkal
batang reput, semua pelepah akan mati. Pada peringkat awal, ibu kulat menjadi
putih dan berubah-ubah menjadi perang berkilat pada bahagian atas. Penyakit BSR
juga merupakan sejenis penyakit yang mudah berjangkit dan bersifat
parasit pada akar dan pohon.
Pada asasnya
penyakit BSR disebar oleh Spora cendawan dengan beberapa cara
;
1. Pembiakan 'Berseks' dan 'Tanpa
seks' .
2. Disebar oleh tanah dan akar.
3. Disebar oleh air dan udara.
4. Disebar oleh serangga.
5. Disebarkan oleh pekerja.
6. Pekebun yang kurang pengetahuan BSR...
2. Disebar oleh tanah dan akar.
3. Disebar oleh air dan udara.
4. Disebar oleh serangga.
5. Disebarkan oleh pekerja.
6. Pekebun yang kurang pengetahuan BSR...
Miselium
boleh merembeskan pelbagai jenis enzim yang boleh menguraikan serat
kayu pokok kelapa sawit dan menyerap menjadi pemakanan, pada masa yang
sama ia akan mereput pokok kelapa sawit. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan penyakit BSR
1. Persekitaran
yang lembap.
2. Tanah yang
berasid.
3. Pokok yang
berumur.
4. Baja
yang berlebihan dan tidak seimbang.
5. Disebar oleh tanaman lain yang telah dijangkit oleh
penyakit BSR seperti pokok kelapa dan getah.
6. Tanam semula di atas kawasan yang belum dibersihkan
dengan teliti yang menghadapi BSR sebelum ini.
7. Menggunakan baja organik 'mentah' atau yang tercampur
abuk kayu yang mengandungi spora seperti tahi ayam.
8. Penggunaan racun rumpai menyebabkan reput akar.
5. Disebar oleh tanaman lain yang telah dijangkit oleh
penyakit BSR seperti pokok kelapa dan getah.
6. Tanam semula di atas kawasan yang belum dibersihkan
dengan teliti yang menghadapi BSR sebelum ini.
7. Menggunakan baja organik 'mentah' atau yang tercampur
abuk kayu yang mengandungi spora seperti tahi ayam.
8. Penggunaan racun rumpai menyebabkan reput akar.
Jangka panjang dan penggunaan baja kimia yang
berlebihan menjadi punca keasidan tanah, strain mikrob tanah akan berkurangan
atau apabila kehilangan keseimbangan ekologi,imunisasi pokok akan menjadi lemah
dan mudah dijangkit penyakit BSR.
Kaedah
pencegahan & Pengawalan Penyakit Sawit
Penyakit
Jembala (Crown Disease)
Untuk
mengelakkan merebaknya penyakit ini, bahagian yang dijangkiti hendaklah
dipotong dan diikuti dengan semburan 0.1% Thiabendazol.
Reput
pucuk (But Rot – Spear Rot)
Pengawalan
yang dilakukan adalah dengan mencabut pucuk-pucuk yang mati dan sembur bahagian
tersebut dengan campuran racun kulai atau racun bacteria seperti Thiram dan
Streptomycin. Selain
itu, untuk merawat penyakit ini dari menjadi lebih serius, baja yang digunakan
hendaklah mengandungi asid phosphoric, potassium hydroxide dan potassium
citrate samada melalui suntikan ke batang pokok atau melalui serapan akar. Baja
Green Drops mengandungi 8.28% Potassium, 3.07% Phosphorus dan 6.10% Nitrogen
dan ia mencukupi untuk mencegah serta mengurangkan penyakit Reput Pucuk.
Reput Batang Bahagian Atas (Upper Stem Rot)
Penyakit ini boleh dikawal dengan memotong bahagian yang diserang dan sapu cat pelindung pada bahagian tersebut. Pokok yang mati hendaklah dimusnahkan dengan cara membakar.
Reput Tandan Buah (Marasmius)
Penyakit reput tandan buah boleh dikawal dengan cara memusnahkan semua tandan yang diserang. Jika hanya sebahagian sahaja yang diserang, semburan racun kulat adalah disyorkan. Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan cara membuang semua tandan buah muda supaya kulat tidak merebak dan menjadikan tandan-tandan berkenaan busuk.
Reput
Pangkal Batang (Basal Stem Rot)
Penyakit
ini belum ada satu kawalan yang baik. Bagaimanapun penyakit seumpama ini dapat
dielak dengan menjaga kebersihan ladang dengan baik. Pokok yang kena serangan
perlu dimusnahkan.
Cara
rawatan penyakit cendawan:
Pulihkan
tanah dahulu. Baja GoSawit mampu memulih dan meningkatkan tahap PH dalam
tanah. Baja GoSawit juga mampu mengurangkan fungal, pathogen, nematode dan lain-lain
penyakit dalam tanah. Ini
sekaligus akan membunuh bakteria cendawan.
Ingat,
perlu sihatkan dahulu tanah sebelum membuat sebarang rawatan terhadap
ganoderma. Dengan penggunaan baja GoSawit, tanah akan kembali kepada neutral dan persekitaran yang sihat ini akan
membantu pertumbuhan kelapa sawit. Baja GoSawit mengandungi semua unsur
yang diperlukan oleh tumbuhan seperti Aluminium, Boron, Calcium, Carbon,
Copper. Iron, Magnesium, Manganese, Molybdenum, Nitrogen, Oxygen dan banyak
lagi.
Super Lucky Casino has selection of|quite a lot of|a wide range of} on line casino style games so that you can} play. They have more than half a dozen slots games may be} themed in various ways. Each recreation has well over a dozen machines select from|to select from} together with various every day prizes. A few of them even embrace tournament modes and leaderboards to see the way you stack up against the competitors. Playtika is a developer on Google Play with a number of} https://choegomachine.com/ slots games.
ReplyDelete