Kebanyakan bahan organik bertindak
sebagai baja dan penyubur tanah dimana mereka memberi makanan kepada tanah dan
juga tumbuhan. Ia merupakan perbezaan besar di antara penggunaan bahan kimia
dengan bahan organik terhadap penyuburan tanah dan pembajaan. Baja organik yang
terlarut mengandungi garam mineral yang membantu akar untuk menyerap dengan
cepat. Walau bagaimanapun, garam tersebut tidak semestinya menyediakan makanan
kepada mikroorganisma tanah dan cacing, dan besar kemungkinan menghalau
cacing tanah kerana garam akan menyebabkan tanah menjadi berasid. Begitu juga
tanah yang diberi sepenuhnya baja kimia sintetik akan menghilangkan kandungan organik
dan semua organisma hidup yang penting dalam membantu membina tanah yang
berkualiti dan subur. Disebabkan struktur tanah yang semakin tandus dan
kemampuan tanah untuk menghadang air semakin hilang, tanah memerlukan lebih
banyak bahan kimia untuk merangsang pertumbuhan pokok. Untuk mengelak dari
menghadapi masalah tersebut, baja organik adalah saranan terbaik.
Proses pembuatan kebanyakan baja
kimia bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti arang dan
gas semulajadi. Selebihnya diperbuat daripada batu mineral yang berasid untuk
lebih bersifat larut. Malangnya, kini semakin banyak baja organik yang lebih
baik telah wujud di pasaran. Produk organik tersebut diperbuat daripada
tumbuhan semulajadi, bahan-bahan dari sumber binatang atau dari batu mineral
yang dilombong. Walau bagaimanapun, standard kebangsaan untuk membezakan antara
baja organik dan baja kimia adalah agak mengelirukan, jadi sukar untuk
memastikan samada baja yang dilabel sebagai organik tersebut hanya mengandungi
bahan yang selamat atau bahan semulajadi sepenuhnya.
Penggunaan baja organik
Sekiranya anda sudah terbiasa menggunakan
baja kimia dan ingin menukar baja anda kepada organik, anda mungkin akan berasa
takut dan was-was kerana memikirkan keberangkalian bahawa penggunaan bahan organik
adalah lebih sukar dan tidak mudah berbanding penggunaan baja kimia campuran.
Sudah tentu tidak! Campuran baja organik adalah mudah dan berkesan seperti baja
kimia. Anda tidak perlu untuk mengubah kandungan baja mengikut jenis tumbuhan
yang anda tanam kecuali label menyatakan sebaliknya. Ramai yang sudah berpuas
hati dengan hasil penggunaan baja organik
yang dianggap lebih selamat kepada tumbuhan dan tanah.
Baja GoSawit merupakan salah satu
baja organic yang mengandungi 100 peratus sumber organic. Ia berfungsi untuk
tanah, akar, batang, daun dan pokok. Baja GoSawit juga mengandungi lebih
dari 100 jenis bacteria baik yang mampu mengurai organism dalam tanah untuk
menjadikan tanah menjadi subur dan berkualiti selain merawat pokok yang
bermasalah. Selain itu, baja GoSawit merupakan baja organic foliar yang
menggunakan teknik semburan kabus dimana teknik ini dikatakan mampu menyerap 8
– 10 kali lebih efektif menyerap nutrient berbanding teknik pembajaan biasa
(baja butir). Biasanya selepas semburan baja foliar ini, warna daun pokok akan
lebih kepada hijau gelap dan kadar kehilangan baja melalui larut serap oleh
tanah juga mampu dihindarkan.
Teknik pembajaan menggunakan semburan
kabus juga mampu meningkatkan penyerapan N, P dan K sekaligus meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil
tanaman. Apabila baja tersebar dengan efektif, maka imunisasi tumbuhan terhadap
serangan penyakit juga turut meningkat. Kadar pokok yang terkena serangan
penyakit akan berkurangan 80 peratus setelah menggunakan baja foliar GoSawit. Selain itu juga, kaedah merawat tanah oleh baja foliar yang menggunakan
agen biological dalam pengambilan nutrient, vitamin dan hormone menjadikan baja
GoSawit pilihan utama petani dan peladang.
Kandungan lain yang ada pada baja
GoSawit adalah seperti Aluminium, Boron, Calcium, Carbon, Copper, Iron,
Magnesium, Manganese, Molybdenum, Nitrogen, Oxygen, Phosporus, Pottasium,
Sodium, Sulfur dan Zinc. Baja GoSawit juga menggunakan unsur zeolite
sebagai komponen yang sangat bermutu dan bernilai untuk merawat tanah
pertanian. Zeolite merupakan proses pengasingan mineral yang dilombong dari
gunung berapi. Ia juga mampu merawat pH tanah dengan menggunakan rawatan air
dimana ia mengubah tahap pH tanah masam (pH3 -5) kepada tanah subur (pH 7 – 8).
Ini dapat dibuktikan dengan kesan penggunaan baja GoSawit setelah 3 minggu
apabila tahi cacing penuh di sekeliling pokok dan akar baru yang muda akan tumbuh.
No comments:
Post a Comment